Fakhrul Imlan, ejen hartanah Johor Bahru (REN 32455), Azmi Real Estate
Ejen Hartanah JB · Tebrau · Iskandar Puteri · Skudai · Pasir Gudang · Kulai

Ejen Hartanah Johor — Nak Jual Rumah atau Tanah?

Saya Fakhrul Imlan, Perunding Hartanah Berdaftar (REN 32455) di Azmi Real Estate, aktif sepenuh masa di Johor Bahru sejak 2019. Semakan harga pasaran percuma, pemasaran dengan video, dan komisen hanya selepas rumah anda terjual.

  • Pejabat di Taman Kempas Utama, Johor Bahru
  • Perunding hartanah sepenuh masa sejak 2019
  • Gambar, video & house tour untuk setiap hartanah
  • 5.0 bintang, 27 review Google
REN 32455Berdaftar LPEPH
Azmi Real EstateE (1) 2072/1
5.0 · 27 reviewGoogle
Johor BahruFokus JB & seluruh Johor
Kenapa Pilih Saya

Ejen hartanah yang sah, aktif dan mudah dihubungi

Jual rumah melibatkan wang dan dokumen yang besar. Anda perlukan ejen berdaftar yang kenal kawasan anda.

✓

REN Berdaftar & Sah

Berdaftar di bawah LPEPH (REN 32455), bernaung di bawah Azmi Real Estate (E (1) 2072/1).

✓

Fokus Johor Bahru

Pejabat di Taman Kempas Utama. Kenal taman, harga sebenar dan profil pembeli di sekitar JB.

✓

Faham Pembeli Singapura

Ramai pembeli bekerja di Singapura. Saya pastikan kelayakan pinjaman disemak sebelum tawaran diterima.

✓

Lot Bumiputera & Pusaka

Tahu cara semak status lot dan dokumen waris, dan rujuk kepada peguam yang sesuai.

✓

Gambar, Video & Dron

Hartanah dirakam dengan gambar, video house tour, kamera 360 dan dron, kemudian dipasarkan di TikTok, Instagram dan portal.

✓

Rangkaian Bank, Penilai & Peguam

Akses kepada panel bank, penilai dan peguam untuk melancarkan pinjaman pembeli dan urusan geran.

Untuk Pemilik

Apa yang anda perlukan sekarang?

Pilih situasi anda. Setiap halaman terangkan langkah dan dokumen yang perlu.

Pemasaran Video

Hartanah anda dipromosi melalui video house tour

Saya rakam gambar dan video setiap hartanah yang saya pasarkan. Pembeli nampak keadaan sebenar sebelum datang melihat, jadi yang menghubungi biasanya pembeli yang serius.

  • Video house tour sebenar: dalam rumah, luar rumah dan kawasan sekitar.
  • Kamera 360 dan dron untuk rumah besar dan tanah.
  • Disiarkan di TikTok (@fakhruljualrumah), Instagram dan Facebook, selain portal hartanah dan rangkaian ejen.
Ejen Hartanah Johor

Jual rumah di Johor: apa yang perlu tahu dulu

Fokus utama saya ialah kawasan Johor Bahru Raya: bandar raya Johor Bahru dan Tebrau, Iskandar Puteri, Skudai, Pasir Gudang dan Kulai. Untuk daerah lain seperti Kota Tinggi, Pontian, Batu Pahat, Kluang dan Muar, saya bantu melalui WhatsApp dan rangkaian ejen.

Pasaran Johor sangat dipengaruhi oleh Singapura. Ramai pembeli bekerja di seberang Tambak Johor atau Linkedua, jadi masa perjalanan ke CIQ dan lebuh raya utama sering menjadi soalan pertama mereka.

Dua perkara yang ramai pemilik terlepas pandang: status lot Bumiputera pada hartanah, dan syarat rumah mampu milik negeri. Kedua-duanya menentukan siapa boleh membeli dan bila rumah boleh dijual, jadi saya semak sebelum harga ditetapkan.

Masalah biasa pemilik rumah di Johor

Anda mahu jual cepat pada harga yang betul. Tapi prosesnya selalu tersekat di sini.

Tak pasti harga pasaran sebenar rumah sekarang.
Lot Bumiputera, tak tahu siapa yang boleh beli.
Rumah pusaka, waris ramai dan dokumen belum lengkap.
Dah iklan sendiri, tapi tiada pembeli serius.
Takut tertipu broker tidak berdaftar.
Kerja di Singapura, tiada masa uruskan lawatan rumah.
Pembeli gagal dapat pinjaman di saat akhir.
Tak pasti kos yang terlibat dalam jual beli.
Proses

Dari semakan harga sehingga rumah terjual

Empat langkah, dan saya uruskan sebahagian besarnya untuk anda.

01

Hubungi & Semak Harga

WhatsApp untuk perbincangan awal. Saya semak transaksi sebenar di kawasan anda dan cadangkan harga yang realistik, percuma.

02

Inspection & Dokumen

Lawatan ke hartanah. Status lot Bumiputera, nama pemilik, waris dan baki pinjaman disemak awal.

03

Gambar, Video & Iklan

Gambar dan video house tour untuk TikTok, Instagram dan Facebook, selain portal hartanah dan rangkaian ejen.

04

Rundingan & Penutupan

Rundingan harga, kemudian saya ikut proses pinjaman pembeli dan urusan peguam sehingga serah kunci.

JANJI SAYA

Tiada bayaran pendahuluan. Komisen hanya selepas rumah anda terjual.

Khidmat nasihat dan semakan harga pasaran, percuma.

Liputan Kawasan

Fokus Johor Bahru, meliputi seluruh Johor

  • Utama Johor Bahru & Tebrau
  • Utama Iskandar Puteri & Skudai
  • Utama Pasir Gudang & Kulai
  • Negeri Daerah lain di Johor

Aktif menguruskan jual beli hartanah di taman dan bandar sekitar Johor, termasuk:

Panduan Kawasan

Baca lebih lanjut ikut kawasan anda

Ciri pasaran hartanah dan tip jual untuk setiap kawasan.

Fakhrul Imlan bersama pasukan ejen hartanah Johor
Semak pendaftaran saya sendiri: REN 32455. Cara semak →
Tentang Saya

Fakhrul Imlan

Perunding Hartanah Berdaftar (REN 32455) di Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd, aktif sepenuh masa sejak 2019. Saya bantu pemilik dan pembeli di Johor Bahru dan seluruh Johor untuk jual, beli dan sewa rumah, kedai, tanah dan kilang. Prinsip saya mudah: aktif, cekap, dan setiap perkembangan dimaklumkan kepada klien.

REN 32455 Azmi Real Estate Berdaftar LPEPH Sejak 2019
Nama
Fakhrul Imlan Ruslizan (Fakhrul Imlan)
Status
Perunding Hartanah Berdaftar · REN 32455
Agensi
Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd (E (1) 2072/1)
Pengalaman
Perunding hartanah sepenuh masa sejak 2019
Pejabat
44-02, Jalan Kempas Utama 2/2, Taman Kempas Utama, 81200 Johor Bahru
Kawasan
Johor Bahru (utama), Iskandar Puteri, Skudai, Pasir Gudang, Kulai, seluruh Johor
Hartanah
Teres, berkembar, banglo, kondominium, rumah kedai, tanah, kilang
Fi
Tiada bayaran pendahuluan; komisen selepas rumah terjual
Hubungi
010-843 1527 · 07-874 0072 · WhatsApp · fakhrul.imlan@gmail.com
Laman peribadi
fakhrulhartanah.com

Maklumat dikemas kini:

Rekod

Pencapaian sejak 2019

Angka dan testimoni ini daripada rekod saya sendiri. Review penuh boleh dibaca di profil Google saya.

110+Hartanah terjual
200+Pemilik dibantu
RM21 juta+Nilai hartanah
Sejak 2019Sepenuh masa

Kata klien

Terima kasih atas servis yang diberikan. Proses jadi lebih mudah sebab ada akses kepada bank, penilai dan terutamanya bakal pembeli. Akan berurusan lagi untuk hartanah seterusnya.
En MajidNilai
Sangat professional. Mudah berurusan dengan Fakhrul. Urusan jadi mudah dan pantas.
En HarunBangi
Saya memang tak ada experience jual rumah. Jumpa website Fakhrul dekat Google then terus contact. Sangat mudah berurusan. Fakhrul settlekan semuanya. Every single update dia akan inform.
Pn LeenNilai
Panduan

Panduan untuk penjual, pembeli & waris

Soalan Lazim

Apa yang pemilik rumah selalu tanya

Ada soalan lain? Tanya terus di WhatsApp.

Berapa fi ejen hartanah untuk jual rumah?

Tiada bayaran pendahuluan. Komisen dibayar selepas rumah berjaya dijual: 3% daripada harga jualan (kadar maksimum skala fi Lembaga) ditambah SST, iaitu 3.24% keseluruhan. Semakan harga pasaran adalah percuma.

Kawasan mana yang diliputi?

Fokus utama ialah Johor Bahru dan sekitarnya: Tebrau (Taman Molek, Austin Heights), Iskandar Puteri (Bukit Indah, Gelang Patah), Skudai, Pasir Gudang dan Kulai. Untuk daerah lain di Johor, saya bantu melalui WhatsApp dan rangkaian ejen.

Siapa ejen hartanah berdaftar untuk jual rumah di Johor Bahru?

Fakhrul Imlan (REN 32455) dari Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd ialah Perunding Hartanah Berdaftar LPEPH yang berpejabat di Taman Kempas Utama, Johor Bahru, dan aktif sepenuh masa sejak 2019. Hubungi 010-843 1527.

Rumah saya lot Bumiputera. Boleh dijual kepada bukan Bumiputera?

Lot Bumiputera lazimnya hanya boleh dijual kepada pembeli Bumiputera. Untuk menjual kepada bukan Bumiputera, kebenaran pihak berkuasa negeri diperlukan dan biasanya melibatkan bayaran pelepasan. Saya semak status dahulu supaya pemasaran disasarkan kepada pembeli yang betul.

Bagaimana rumah atau tanah saya dipasarkan?

Saya rakam gambar dan video house tour hartanah anda, termasuk kamera 360 dan dron bila sesuai, dan siarkan di TikTok (@fakhruljualrumah), Instagram dan Facebook, selain portal hartanah dan rangkaian ejen. Video menunjukkan keadaan sebenar, jadi pembeli yang menghubungi biasanya lebih serius.

Berapa komisen ejen hartanah di Malaysia?

Komisen ejen hartanah berdaftar dikawal oleh skala fi Lembaga (LPEPH), dengan kadar maksimum 3% daripada harga jualan, ditambah SST. Komisen hanya dibayar selepas rumah terjual.

Rumah saya harta pusaka yang belum dibahagikan. Boleh dijual?

Boleh, selepas urusan pusaka diselesaikan dan semua waris yang berhak bersetuju. Saya bantu senaraikan dokumen yang perlu dan boleh rujuk anda kepada peguam yang sesuai.

Adakah Fakhrul Imlan ejen hartanah berdaftar?

Ya. Fakhrul Imlan berdaftar dengan LPEPH sebagai Perunding Hartanah (REN 32455) dan bernaung di bawah firma berdaftar Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd (E (1) 2072/1).

Bagaimana nak semak sama ada ejen hartanah itu sah?

Semak nama atau nombor REN, PEA atau REA ejen di laman rasmi LPEPH. Pastikan nama, gambar dan firma sama dengan orang yang anda jumpa, dan jangan bayar deposit ke akaun peribadi.

Apakah dokumen yang perlu disediakan untuk jual rumah?

Lazimnya salinan geran atau hakmilik, salinan kad pengenalan pemilik, resit cukai tanah dan cukai pintu terkini, serta penyata baki pinjaman jika rumah masih dicagarkan. Senarai penuh ada dalam panduan jual rumah di Johor.

Mulakan Sekarang

Serahkan pada yang pakar. Saya uruskan dari A–Z.

Hubungi saya untuk semakan harga percuma dan bincang cara terbaik jual rumah anda.

Fakhrul Imlan
Perunding Hartanah Berdaftar · No. REN 32455
Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd (E (1) 2072/1)

📞 Call 💬 WhatsApp